Drama Habil Qabil (TV3)

Drama Habil Qabil

Drama Habil Qabil (TV3)
Tarikh Tayangan : 22 September 2010,
Hari Tayangan : Selasa hingga Khamis
Masa Tayangan : 10.30malam
Episode : 25 episod
Pelakon: aron Aziz, Zed Zaidi, Siti Saleha, Abby Abadi, Rashidi Ishak, Zila Bakarin, Azhan Rani, Abby Nazri dan Geofrey Perrin Williams
Sumber : budiey.com


Sinopsis Drama Habil Qabil (TV3)

Selesainya siri drama “Syurgamu Ramadan” yang berjaya meraih rating purata sehingga 2 juta penonton di slot Samarinda, TV3 terus menyajikan drama bersiri terbarunya, “HABIL QABIL” lakonan Aaron Aziz, Zed Zaidi, Siti Saleha, Abby Abadi, Rashidi Ishak, Zila Bakarin, Azhan Rani, Abby Nazri dan Geofrey Perrin Williams bermula 22 September 2010. Mengisahkan takdir dua insan yang dilahirkan pada hari tarikh yang sama dan sering bersaing di alam persekolahan serta dunia korporat, mereka juga jatuh cinta pada wanita yang sama. Persoalan siapakah Habil dan Qabil terus mencetuskan kontroversi setiap hari Selasa hingga Khamis jam 10.30malam di TV3.
Drama Habil Qabil
Drama bersiri 25 episod terbitan Filmscape Sdn Bhd mendapat sentuhan sutradara Faizal Ishak. Nukilan skrip oleh Mohd Rohizan Ramli ini berlatarbelakangkan Kampung Sungai Manik di era tahun 60an hingga masa kini. Habil Najmi (Aaron Aziz) dibesarkan oleh Yusoff (Azhan Rani) dan Umairah (Zila Bakarin) setelah ditinggalkan oleh ibu kandungnya, Habibah (Abby Nazri). Habil ditatang bagai minyak penuh oleh Umairah tetapi Yusoff selalu bersikap garang terhadap anak angkat ini.
Drama Habil Qabil
Qabil Iskandar (Zed Zaidi) pula dilahirkan dan membesar di keluarga yang mewah. Ayahnya, Qamarul (Rashidi Ishak) seorang pengusaha tanah yang berjaya tetapi jarang meluangkan masa bersama isterinya, Intan (Abby Abadi) dan Qabil kerana terlalu sibuk dengan urusan kerja. Qamarul yang bersikap dingin dengan Intan juga mengesyaki Qabil bukan anak kandungnya sebaliknya anak Intan bersama bekas kekasihnya, Smith (Geofrey Perrin Williams). Sementara itu, Qamarul juga sering terganggu dengan kisah silamnya di Kampung Sungai Manik.
Drama Habil Qabil
Walaupun Habil dan Qabil belajar di sekolah berasrama yang sama di bandar, tetapi mereka tidak berkawan rapat dan sering bersaing dalam akademik dan sukan. Selepas tamat sekolah, Habil dan Qabil membawa haluan masing-masing sehingga bertemu kembali di dunia korporat. Kini, Qabil sibuk menguruskan syarikat arwah ayahnya yang telah bergabung dengan syarikat ayah tirinya, Smith iaitu Syarikat Qam & Smith Properties.

Sejak kematian suaminya, Intan telah memberi kepercayaan penuh kepada Smith dan tidak mengambil peduli mengenai hal ehwal syarikat. Habil pula berjaya memiliki syarikat sendiri. Habil menganggap pelaksanaan projek padang golf Qamarul di tanah Yusoff telah memusnahkan kehidupan Yusoff dan Umairah. Justeru itu, Habil telah bertindak agresif untuk merampas semua mega projek Qam & Smith Propertis untuk membalas dendam. Mereka bukan sahaja bersaing dalam perniagaan tetapi juga jatuh hati kepada Maria (Siti Saleha). Tanpa diketahui, Maria juga menyimpan agenda sendiri selepas memutuskan untuk mengahwini Qabil.
Drama Habil Qabil

Jangan ketinggalan untuk terus menonton HABIL QABIL di slot Samarinda, setiap hari Selasa hingga Khamis, jam 10.30malam, hanya di TV3!

0 komentar:

Post a Comment

Give Your Comment Here...