Majlis Perkahwinan Tomok (Newboyz) Dan Isteri, Siti Rahayu 2 Julai 2011



Dah lama tak buat entri tentang perkahwinan. Tiba-tiba idea datang nak buat entri perkahwinan ini  selepas balik dari Ekspo Kahwin KL 2011 di Wangsa Walk Mall, Wangsa Maju pada 1-3 Julai 2011.


Kali ini nak share dengan anda semua gambar Majlis pernikahan, perkahwinan dan persandingan Tomok atau nama sebenar Shah Indrawan (vokalis Newboyz) dan isteri, Siti Rahayu (pramugari MAS).




Dalam gambar di atas ini pengantin kelihatan cukup berseri apabila mengenakan pakaian nikah berwarna krim rekaan Hatta Dolmat.


Dianggarkan seramai 200 tetamu termasuklah keluarga, dan rakan media memeriahkan majlis pernikahan bertemakan bidadari itu.




Pada majlis perkahwinan ini, Siti Rahayu menerima mas kahwin berjumlah RM300 beserta 9 dulang hantaran termasuklah wang hantaran sebanyak RM12697.11. Manakala pihak lelaki pula menerima sebanyak 11 dulang hantaran.


Tak dapat di pastikan apakah simbolik nombor 12697.11 itu. Tak nampak mcam tarikh lahir pun. Mungkin hanya pengantin dan keluarga terdekat sahaja yang mengetahuinya. 




Pasangan Tomok dan Siti Rahayu ini akan melangsungkan tiga resepsi perkahwinan iaitu sebelah pihak perempuan di lokasi yang sama (2 Julai).


Majlis bersama-sama rakan media di Saloma Bistro, Kuala Lumpur (6 Julai) dan resepsi sebelah pihak lelaki di rumah keluarga Tomok di Alam Damai, Cheras (9 Julai).





Yang pasti ramailah perempuan di luar sana yang menangis mengenangkan penyanyi pujaan dari zaman sekolah lagi ini dah berkahwin.. Tak apa kumbang bukan seekor..


Apa-apa pun Selamat Pengantin baru buat Tomok dan Siti Rahayu. Semoga kekal ke anak cucu.. Semoga anda juga enjoy melihat gambar Majlis Perkahwinan Tomok (Newboyz) Dan Isteri, Siti Rahayu ini.


P/S : Sekarang ini tengah mood nak tulis tentang perkahwinan. Mungkin 2 3 entri selepas ini pun masih mengenai perkahwinan.. Jangan marah ar..


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~~

1 komentar:

ayu said...

apa sekarang udah punya anak

Post a Comment

Give Your Comment Here...